Penggunaan “Daniel” oleh orang Kristian Nabi_Daniel

Seperti yang disebutkan di atas, Doa Azarya dan Nyanyian Ketiga Anak dari bahagian Kitab Daniel yang deuterokanonik digunakan secara luas dalam doa Ortodoks dan Katolik.

Berbagai episod dalam paruhan pertama dari kitab ini digunakan oleh orang Kristian sebagai cerita-cerita yang berkonsepkan sivik dan moral, dan sering dianggap sebagai kejadian-kejadian yang kelak akan muncul dalam kitab-kitab Injil.

Bahagian apokaliptik terutama sangat penting bagi orang Kristian kerana gambaran tentang "Anak Manusia" (Dan. 7:13). Menurut kitab-kitab Injil Kristian, Yesus(Nabi Isa) menggunakan gelar ini sebagai nama pilihannya untuk dirinya sendiri. Hubungan dengan penglihatan Daniel (yang dipertentangkan dengan penggunaannya di dalam Kitab Yehezkiel) dibuat jelas dalam kitab Injil Matius dan Markus (Mat. 27:64; Mrk. 14:62). Orang Kristian melihat hal ini sebagai perkataan langsung oleh Yesus(Nabi Isa) bahawa dialah Mesiah itu.